Archive for November, 2005
Love - A Neverending Story
Monday, November 14th, 2005“Orang kata jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Hanya bezanya sama da ia lambat atau cepatnya ia datang, itu Qada’ dan Qadar Allah, ketentuannya.”
Kata seorang teman untuk menyedapkan rasa hati & otak yg berkecamuk ini. Tapi, kita tau ke jodoh tu mcm mne sebenarnya?
Adakah ia bmaksud seseorang yg akan menemani kita spanjang hayat, yg menjadi pasangan hidup kita, ataupun seseorang yg kita cinta sepenuh jiwa dan sangkakan dialah soulmate kita? Bagaimana kita tahu bahawa dialah yg sebenarnya utk kita?
Apakah sebenarnya cinta? Yg membawa seribu rasa, seolah2 semua perasaan manusia dihimpunkan bersama dan lahirlah cinta. Marah, benci, suka. Suka itu cinta, sayang itu cinta, rindu itu cinta.Tanpa rasa cinta, mungkinkah lahir perasaan2 ini antara dua individu berlainan jantina?
Cinta itu universal, tapi cinta yg paling agung adlh cinta pada yg maha Esa, tapi kita leka, leka dgn dunia cinta yg kita ciptakan sendiri, betapa kuatnya kuasa cinta, mungkin disebabkan ini, tuhan menyelamatkn aku dari terus leka dibuai mimpi, cinta yg x pasti.
Tapi kerana cinta, sakitnya terasa sehingga kini, pedihnya menusuk ulu hati, perasaanku hanya tuhan saja yg tahu. Sehingga aku sering berfikir, apa salah aku padanya?
Kenapa dia sanggup buat aku begini?
Mempermainkan perasaan org lain, tidakkah dia tahu perasaanku dan tidakkah kau mencintai aku?
Tapi kerana cinta, aku rela memaafkannya, aku rela melihatnya gembira di samping org lain yg lebih dia sayang, aku sanggup mengaburi matanya berlakon yg aku jua gembira, tapi semuanya dusta!
Kenapa? Disaat kita merasakan hanyalah dia untuk kita, seperti jodoh sudah ketemukan dgn tuannya, tetapi sbnrnya TIDAK! Begitu kuatnya dugaanmu Ya Allah.
Dia sering berkata padaku, " Sesuatu yg kita mahukan sgt, benda itulah yg susah atau xkan kita dpt."
Memang benar katanya, apa yg aku terlalu inginkan adlh cintanya, jiwanya, jasadnya, segala2nya tentang dirinya, semuanya yg tidak mampu aku miliki.
Mmg aku akui, memori bersamanya, kekecewaan yg kurasa, sedikit sebanyak lebih mematangkan aku & lebih mengajarku tentang realiti hidup.
Tetapi disbbkan cintanya, aku hilang keyakinan diri dlm perhubungan cinta & takut akan terus dikecewakan. Malah aku x sanggup melukakan hati org lain. Hatiku kosong, sunyi, mdambakan hati ikhlas seorg puteri, yg benar2 mencintai.
Syukur alhamdulillah, aku masih mempunyai insan yg bergelar kawan, yg sentiasa mberi perangsang & menyokongku dari belakang.
Tanpa mereka , aku xkan dpt kembali btapak ke dunia realiti, mengeluarkan aku dari dunia fantasi yg aku ciptakan sendiri.
Terima kasih, kawan.
P/S: Sebenarnye aku tulis catatan ni mase cuti raye aritu tapi baru arini sempat upload, heh sori emo skit, ttibe tringat kisah lama - END!
