Renungan- Antara Menang & Kalah
Sunday, July 3rd, 2005Secara umumnya manusia boleh dikelompokkan dalam 3 kategori iaitu:
-Pemenang
-Tewas
-Bukan pemenang
Orang yang tergolong dalam kategori pemenang ialah memiliki apa yang dicita-citakannya.
Mrk sentiasa berusaha utk mencapai impian dan akhirnya impian menjadi nyata.
Manusia yang tewas tidak memiliki apa yang dihajati tapi sentiasa ada alasan yg ‘baik’
utk berdalih mengapa mrk gagal mencapai impian.
Bagi kelompok ini, mrk tidak pernah menyalahkan diri sendiri sebaliknya menjadi mangsa keadaan,
masa dan kejahatan org lain.
Bukan pemenang; telah mencuba sedaya upaya utk mencapaicita-cita, tetapi gagal meraihnya.
Bagaimanapun, mereka tidak menyalahkan org lain. Tuhan, keadaan mahupun diri sendiri.
Menyedari keadaan itu hanya sementara, manusia kategori ini terus berusaha ke arah kejayaan.
Anda dalam kategori yang mana?