Kembali pada al-Quran & as-Sunnah

June 22nd, 2009 by drfrixstudio

Kembali pada al-Quran

SOALAN

SAYA orang biasa dan ada juga buat kesilapan, tapi sekarang dapat bezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah). Jadi di sini saya nak kongsi ilmu yang saya dapat dengan semua orang yang hadapi masalah.

Sekarang memang banyak cerita panas yang kita dengar; masalah sosial, bunuh, rompak, rogol dan lain-lain. Sampai bila masalah ini nak berlarutan?
Saya sedih dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana ia terlalu banyak membabitkan umat Islam.

Kalau kita sekarang dah macam ini punya teruk, bagaimana masa akan datang? Sebenarnya mudah saja nak selesaikan masalah ini. Kita kembali pada al-Quran dan sunnah. Itu yang Rasulullah SAW tinggalkan pada kita semua.

Ini jelas melalu satu hadisnya: “Ku tinggalkan kepada kamu dua pusaka dan tak akan sesat atau buntu selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”

Kita lihat semula kehidupan kita. Semua kita pernah sesat jalan. Bagaimana perasaan bila sesat jalan? Namun ini sesat dalam kehidupan. Kalau dah sesat dalam hidup, macam mana mati nanti?

Lagi satu, cuba kita fikirkan kenapa Allah hidupkan kita manusia di muka bumi? Kalau dilihat surah 23 Al Mu’minuun ayat yang ke 115 yang bermaksud:

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Dalam ayat ini Allah tanya adakah Allah cipta kita untuk main-main? Suka-suka buat kerosakan di muka bumi ini? Sebab apa Allah cipta kita? Jawapannya, kita lihat pula surah 51 Adz Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah Allah.

Jadi kita dicipta supaya menyembah Allah atau beribadah. Jadi kita kena beribadah pada Allah. Kalau ditanya apa maksud ibadah? Ibadah itu maksudnya amar makruf nahi mungkar.

Masalahnya, sekarang ramai orang menganggap remeh mengenai al-Quran, sedangkan itulah petunjuk kita.

Jadi sama-samalah kita renungkan dan memikirkan untuk masa akan datang.

AHMAD

JAWAPAN

Terima kasih di atas pandangan saudara. Apa yang saudara katakan benar dan tepat sekali. Jika semua umat Islam berfikiran seperti saudara, alangkah indah dan murninya dunia serta kehidupan ini.

Bagaimanapun, hakikatnya tidak begitu. Ia sama seperti yang saudara katakan iaitu masalahnya “ramai orang memandang remeh mengenai al-Quran” dan juga sunnah Rasulullah SAW.

Ramai yang bukan saja tak amalkan, malah tak tahu baca al-Quran. Ada yang tahu baca, tapi tak tahu maknanya dan ada yang baca serta tahu maknanya, tapi tak amalkan.

Itulah realiti kehidupan sekarang, namun nasihat daripada Dang Setia ialah kita tidak boleh kecewa dan berputus asa.

Sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Asr, semua di kalangan kita umat Islam yang ada ilmu biarpun sedikit wajib pesan memesan (dalam erti kata lain berdakwah) dengan penuh kebenaran dan kesabaran.

Itulah yang cuba Dang Setua lakukan dan begitu juga saudara. Tiada di kalangan kita yang sempurna serta hebat ilmunya, namun kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna ilmu baru nak berdakwah.

Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, asal saja ia benar, sampaikan ilmu itu kepada keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, jika kita bersungguh-sungguh, usaha kita yang sedikit dan tidak seberapa ini akan memberi kesan yang sungguh besar kepada kesejahteraan Islam.

- daripada ruangan Naluri, Dang Setia di sisipan Ekspresi, Metro Ahad, 7 Jun 2009 bsamaan13 Jamadilakhir 1430H

Hipokritasimu

December 27th, 2007 by drfrixstudio

Best lagu Linkin Park ni, liriknya penuh kiasan & sindiran, & kedengaran agak politikal…
Layankan…. Hayati liriknya…


LINKIN PARK
No More Sorrow

Are you lost
In your lies
Do you tell yourself I don’t realize

Your crusade’s a disguise
Replace freedom with fear
You trade money for lives

I’m aware of what you’ve done

[Chorus]
No no more sorrow
I’ve paid for your mistakes
You’re time is borrowed
Your time has come to be replaced
[End Chorus]

I see pain
I see need
I see lies and thieves
Abused power with greed

I had hope
I believed
But I’m beginning to think that I’ve been decieved

You will pay for what you’ve done

[Chorus]
No no more sorrow
I’ve paid for your mistakes
You’re time is borrowed
Your time has come to be replaced
[End Chorus]

Thieves and Hypocrites
Thieves and Hypocrites
Thieves and Hypocrites

[Chorus]
No no more sorrow
I’ve paid for your mistakes
You’re time is borrowed
Your time has come to be replaced

No no more sorrow
I’ve paid for your mistakes
You’re time is borrowed
Your time has come to be replaced

Your time has come to be replaced
Your time has come to be erased

[End Chorus]

Survey: 10 Things You Hate About Me

November 26th, 2007 by drfrixstudio

Kawan2, sila nyatakan 10 mende yg korg x suke atau benci tentang aku. Ni survey ni, xde hal la korg nk kutuk aku, aku dpat menerimanya dgn hati yg terbuka. Lebih pon xpe. Janji jujur & ikhlas. Tolong nyatakn pada ruang komen blog ini. Aku akan setia menunggu komen dr anda semua.

Sekian terima kasih :)

Dosa Mengumpat & Membuat Fitnah, Insaflah…

November 21st, 2007 by drfrixstudio

Untuk Renungan Bersama…

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan
cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan Allah Swt.

Beliau bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:

1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan
hadith Anas dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)

Rasulullah s.a.w bersabda:

 “Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu
hasad dengki dan
permusuhan.
Permusuhan tersebut ialah pengikis atau
pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan)
ialah ia mengikis agama.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

 

Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling
dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling
menimbulkan kebencian.
Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan
jebak-menjebak antara satu sama lain.

Sebenarnya orang-orang yang dengkikan kelebihan, kebolehan
dan ilmu
yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada
para Du’at mempunyai jiwa yang berpenyakit, hati yang berkarat. Mereka
sanggup membuat tipu-daya terhadap saudara mereka sendiri demi
melepaskan kemarahan dan sentimen yang meluap dalam dada mereka. Sikap
inilah yang pernah mendorong Qabil membunuh saudara kandungnya Habil.

Babak-babak dakwah Islam yang dilalui sepanjang sejarah
zaman dahulu dan kini banyak memperlihatkan peristiwa-peristiwa
tragis di mana penyebab utamanya ialah sifat hasad dengki. Bukan sifat
dengki dari orang jauh tetapi yang datang dan kalangan sahabat handai sendiri.

Salah seorang penyair bermadah:

Penganiayaan oleh kaum kerabat
lebih berbisa dirasakan,
oleh seseorang, dari tusukan pedang waja
India.

 

Sekian banyak para pemimpin dan penguasa yang telah difitnah
dan dicela, khabar-khabar angin dan kata nista dihadapkan kepada
diri mereka; terbit dari rasa dengki orang yang sakit jiwa dan tidak
mengendahkan maruah orang dan tanggungjawab akhlak terhadap orang lain.
Sekian banyak tuduhan-tuduhan palsu dicipta untuk mengobarkan kebencian
dan permusuhan yang didorong oleh perasaan dengki dan khianat.
Banyak jamaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki
yang busuk hati; membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah swt, — Tuhan alam semesta; tanpa mengambil
pusing akan peringatan Rasulullah s.a.w.

Beliau bersabda mengingatkan:

“Orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal
dengan yang karut- marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.”

“Orang-orang yang menyakiti para Mu‘min lelaki dan perempuan
(dengan membuat fitnah) padahal mereka (orang-orang yang beriman tersebut)
tidak berdosa maka sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikul beban
pendustaan dan dosa yang nyata.”

(Surah Al-Ahzab: Ayat 58)

 

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mengembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu
perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan
maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian
maka wajiblah Allah
mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia
dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya.”

(Hadith riwayat Al-Thabarani)

Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat dan menjadi
batu api
padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula
mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk
tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.

Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya
Allah swt telah menjanjikan untuk orang-orang
sepertinya siksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat dan sedar diri.

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

"Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia
(mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini
sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu ia pun makan
memakan daging itu sambil berteriak-teriak."
(Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)

 

Perbezaan atau Maksud sebenar Mengumpat & Fitnah:

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

"Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya
bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin
taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan
Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.”

(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi
pengertian mengumpat dengan sabdanya:

“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab:
“Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”

Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam
lagi: (Mengumpat ialah)“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang
tidak disukainya.”

Lalu ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya
kata tentang saudara saya itu?”
Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

“Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka
itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika
tidak betul maka itu
bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan (fitnah) terhadapnya.


Faktor Yang Menyebabkan Hasad Dengki

Di dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karangan Imam Al Ghazzali radiyalla’anhu ada disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan
perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain:

i) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
ii) Merasa Diri Mulia
iii) Takabbur
iv) Ujub
v) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
vi) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
vii) Busuk Hati

________________________________________________________________________
p/s: Aku dpt artikel ini dari sumber yg boleh dipercayai, bukan aku karang sendirik, aku cume copy paste je, harap dpt mberi renungan kepada kite semua.

Semua manusia di dunia ini melakukan kesilapan & Aku sedar aku juga tidak lari drpd melakukannya, tapi yg aku psti, walau ada orang kata (ada ORANG kata la) aku ni sombong, berlagak ke kerek ke apa, satu mende yg aku PASTI, aku TAK DENGKI & BATU API, TAK JAGA TEPI KAIN ORG LAIN & BUSUK HATI pada org lain , & aku TAK TIKAM KAWAN DARI BELAKANG. Dan yg pasti aku tak buat dosa yg satu ni; FITNAH & MENGUMPAT, mintak dijauhkan. Kalo korg bce artikel kt atas ni korg akn pham betapa besarnye dosanya. Bayangkanlah, korg SEMBAHYANG CUKUP 5 WAKTU sekalipun, ingat! orang yang mengumpat tidak akan
Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya…

Dulu aku ada sorang KAWAN…

November 20th, 2007 by drfrixstudio

Dulu aku ada sorang KAWAN…
Sgt baik di depan kita,
Sgt manis budi bicara.
Dulu aku ada sorang KAWAN…
Berbakat besar tapi tidak bekerja,
Takde rezeki bak katanya.

Dulu aku ada sorang KAWAN…
Sebab dia KAWAN aku kasihan,
Membuka peluang aku tawarkan.

Dulu aku ada sorang KAWAN…

Kerja dah dapat tiada tempat berteduh pula,
Kerana KAWAN aku usahakan.

Dulu aku ada sorang KAWAN…

Pergi balik kerja bersama,
Tinggal serumah makan semeja.

Dulu aku ada sorang KAWAN…
Rajin berkarya mencapai cita-cita,
Tapi ada masanya suka bercerita.

Dulu aku ada sorang KAWAN…

Buka mulut saja ada saja ceritanya,
Perihal opis bak masalah dunia gayanya.

Dulu aku ada sorang KAWAN…
Aku gembira di suatu masa,
Tapi aku hairan dia pula menduka.
Dulu aku ada sorang KAWAN…
Dulu aku setia mendengar ceritanya,
Tapi kini berbeza rasanya.

Dulu aku ada sorang KAWAN…
Tapi kini tidak lagi bertegur sapa,
Ku musykil bertanya apakah masalahnya.
Apa sahaja silapnya aku terima,
Aku jua manusia biasa.


Dulu aku ada sorang KAWAN…

Dulu kepadaku disampaikan cerita,
Tapi sekarang aku pula menjadi topiknya.


Dulu aku ada sorang KAWAN…

Tapi kini tidak bersapa,
Sudah berjaya memiliki semuanya,
Sombong meninggi muka gaya lagaknya,
Sudah punya KAWAN yg lebih mesra,
Punya sesuatu yg boleh membawanya ke mana saja.


Dulu aku ada sorang KAWAN…

Yang boleh dipercayai & bergantung harap padanya,
Yang aku tidak pernah berbicara buruk tentangnya,
Dan mendoakan dia sentiasa bahagia & berjaya.

Tapi aku kini kecewa,
Mendapat tahu aku dipergunakan saja.

……………

Kepada orang yg pernah menjadi KAWAN satu masa dulu, KAWAN makan KAWAN punye org…

November 20th, 2007 by drfrixstudio

Hayatilah btol2 lagu ni
Sedarlah…

Dua Kali Lima - Ahli Fiqir
Tajuk Lagu/Lirik: Dua Kali Lima (2 x 5)
Penyanyi/Artis: Ahli Fiqir

Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa

Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta

Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk

Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut

Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu

Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya

Dan membisu takut takut
Nana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas

Kiramu hanya bias
Cecamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas

Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih

Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

I Always Loves You…

January 12th, 2007 by drfrixstudio

Always
by Blink 182

I’ve been here before a few times
And I’m quite aware we’re dying
And your hands they shake with goodbyes
And I’ll take you back if you’d have me
So here I am I’m trying
So here I am are you ready

Come on let me hold you touch you feel you
Always
Kiss you taste you all night
Always

And I’ll miss your laugh your smile
I’ll admit I’m wrong if you’d tell me
I’m so sick of fights I hate them
Lets start this again for real

So here I am I’m trying
So here I am are you ready
So here I am I’m trying
So here I am are you ready

Come on let me hold you touch you feel you
Always
Kiss you taste you all night
Always
Touch you feel you
Always
Kiss you taste you all night
Always

I’ve been here before a few times
And I’m quite aware we’re dying

Come on let me hold you touch you feel you
Always
Kiss you taste you all night
Always
Touch you feel you
Always
Kiss you taste you all night
Always

who i love the most??? who love me the most???

May 24th, 2006 by drfrixstudio

aku ingin menjadi mimpi indah..
dlm tidurmu..
aku ingin m’jd sesuatu ..
yg mungkin bisa kau rindu…
karena langkah merapu..
tanpa dirimu..
karena hati telah letih…
aku ingin m’jd sesuatu..
yg slalu bisa kau sentuh..
aku ingin kau tahu..
bahawa ku, ..
slalu memujamu..
tnpamu..
sepinya waktu..
merantai hati..
bayangmu..
seakan2..
kau seperti..
nyanyian dlm hatiku..
yg memanggil rinduku padamu..
kau seperti..
udara yg kuhelah.
kau selalu ada..
hanya dirimu..
yg bisa membuatku tenang..
tanpa dirimu..
aku mrasa hilang…..
dan sepi…

Sunway Lagoon - Rombongan x dirancang

April 25th, 2006 by drfrixstudio

22042006

Quiksilver Revolution Tour

Kuala Lumpur Sunway Lagoon

Sunwaylagoon20

Akhirnye aku menjejakkan kaki ke Sunway Lagoon, aku x pernah pergi pon sblom nih, & it’s great!

Sumenye rancangan yg x dirancang, actually malam sabtu (ari jumaat
la) aku dikejutkan dgn sms dr Eliyanniz, menjemput aku join diorg, tu
pon psl Ali ada & kebetulan aku kene bincang psl plan SundayArtMarket 7hbMei ni.

Aku xtau apa2 pon event ape kt sna, yg aku tau aku smpai sne tiba2 diorg ajak aku mandi!

Aku ingat diorg nk layan event yg ada jek.. Arghh blur aku dgn xbwk
ape2 persiapan tp layan jugak mandi, aku pon sengal, dh tau gi tmpat
org mandi mestilah kene mandi ahahahahaha…

Walaupon aku agak janggal & blur jek time tu, tp i enjoy myself! Thx tu sume geng rangers

yg budiman, korg mmg best..!! Sila nikmati pantun ini :

Kalau ada sumur diladang, bolehlah kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yg panjang, bolehlah kita mandi kt Sunway Lagoon lagi hahahahaha..!

Nk tgk lagi byk gmba, sile ke http://graphixilogy.fotopages.com

Esok 1st April………….

March 30th, 2006 by drfrixstudio

Tolong Jangan Sambut April Fool!

April Fool’s Day mula dirayakan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.

Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol,
kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang
tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk slam
di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung
di dlm rumah utk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak
berpuas hati dan berusaha utk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bhw mereka
boleh berlayar keluar dr Sepanyol dgn selamat
bersama-sama barang-barang keperluan mereka dgn
menggunakan kapal-kapal yg berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslimin yg risau sekiranya tawaran tersebut
merupakan suatu penipuan, tlh pergi ke pelabuhan
utk melihat kapal-kapal yg dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan utk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil
semua barangan yg telah dikemaskan lalu
menuju ke pelabuhan. Pd masa inilah, pihak Kristian
mengambil kesempatan menggeledah dan
membakar rumah mereka.Mereka juga tidak
sempat menaiki kapal krn semuanya juga telah
musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum
Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki,
perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yg menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun
bukan sahaja di Sepanyol tp juga di serata
dunia sbg April Fool’s Day…!

Yg menyedihkan,
orang-orang Islam yg jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari
mereka sebenarnya merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam
mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita…….
Tolong Jangan Sambut April Fool!
Sebarkan kepada semua sahabat & kaum keluarga, khususnya saudara2 Islam semua…..